mari main click2

Pages

Tuesday, November 6, 2012

ZUMBA

Salam,

Mari berzumba, apa plk natang zumba nie.. zumba nie ala2 aerobik mengeluarkan peluh2 jantan yang berkurun x kluar, nak mengharapkan aku tuk pegi jogging or excersice mahu makan bertahun nk pegi  tu pon kalau "TER"ingat nk wat jer... klu x "TER"ingat non hado nk kerahkan lemak2 tepu kek badan nie haaaaa...yang bagus nyer zumba nie klau maintain buat moga dikurniakan kesihatan sempurna, mana2 excersice pon cuma perlu maintain jer klu nk fit, kalau x kirim salam jerlah..



Macam mana boleh terjebak ngan zumba nie....

Bukan dengan kerelaan aku wat zumba nie tapi terpaksa rela, tp bila difikirkan bagus gak tuk aku kluar peluh tuk hari nie..tp dinyatakan yang zumba nie akan berlarutan selama sebulan 2 minggu, yakni bersamaan dengan 6 minggu, 2 kali seminggu, 1jam setengah sehari, kul 7am dah terpacak, mampuih....mmg bagus buat excersice tapi bila kami yang designer nie yang buat,bangun pepagi buta lompat kiri, kanan, depan blkng mahu production sgt pasif dek kemengantukkan melanda diri.. adoiiii semangat. datang lah semangat kerja datang lahhhhhhhhh, cewah upacara memuja semangat lah sangattt...

nie lah email yang aku dapat..

Selamat Tengahari kepada semua,

Merujuk kepada posting yang dibuat oleh DAO di Alumni page pagi tadi …

“Alhamdulillah pagi ni dapat 1 jam 30 minit sahaja di Gym. Esok pagi warga Shah Alam jangan lupa pukul 7pagi-8.30pagi, ada sesi exercise ZUMBA dengan saya serta instruktor Zumba bertauliah (Richworks sponsor). Berjumpa 7pagi tepat di depan office Wisma Richworks, No.74, Jalan Badminton 13/29, Seksyen 13, Shah Alam. Sebarang pertanyaan, hubungi Zafira di 03-55239661. Session ini 100% Percuma. - Azizan Osman –“

Adalah dimaklumkan bahawa semua staff dikehendaki terlibat di dalam aktiviti “Zumba Workout” pada setiap Selasa dan Khamis, selama 6 minggu. Sebagai permulaan, kita akan berkumpul di ofis pada pukul 7 pagi esok, dan akan bergerak ke lokasi seterusnya, untuk ber”Zumba”.

Aktiviti ini akan memakan masa selama lebih kurang 1 ½ jam, sila berpakaian sukan yang sesuai untuk aktiviti ini. Jangan lupa membawa pakaian kerja sepersalinan, di mana anda semua mesti bertukar pakaian selepas ber”Zumba”.


Managers,
Sila maklumkan kepada semua staf anda jika ada yang tidak termasuk di dalam senarai e-mel ini, dan jika menerima panggilan mengenai aktiviti Zumba ini.


Encik Azul & Tn. Hj Asri,
Kami mengalu-alukan kehadiran staff dari PM & LR.



Sebagai rujukan, video berikut adalah salah satu workout Zumba. 



Jom sihat ber”Zumba”.

ater moh ler kiter bersihat2 selalu hahahaa....dan sekarang sgt ngantuk byeeeee...

1 comments:

  1. Ini open tuk public ke? Still ada lagi tak 2013 nanti?

    ReplyDelete

mari click-click

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails