mari main click2

Pages

Thursday, August 19, 2010

Review movie SLICE

0 comments
Salam,
Semalam aku gi tgk citer thai nie
genre: keganansan yg tidak menakutkan aku lansung....
SLICE name di beri , aku gi tgk kat Tropicana City Mall...bak kater org melayu tayangan perdana tu, aku gi tgk dgn member aku sbb die mng kontest aper ntah..mende free jgn ditolak di layankan sajer.....

Secara keseluruhannya dipendekkan cerita dan dipermudahkan bahasa aku....movie nie sucks...hahahaa...aku cadangkan klu korang nk gi tgk citer nie..batalkan sajer niat di hati...wang anda akan kerugian yg melipat kali ganda bertambah dgn kemurungan yg akan melanda diri...klu cter nie kuar kat syok or maner2 cabang download..aku rs mcm nk report spam jer...:p

Tp yg best nyer bile dipenghujung movie nie..aku terserempak dengan dania danielle..lawa tu..tp x sempat nk bergambar.....:p

ok selamat menonton....:p

Wednesday, August 11, 2010

ramadhan dan tarawih..

0 comments
salam,

ble dah masuk bulan ramadan nie,sama2 lah kter menunaikan kewajipan dan meningkatkan amal ibadat...so tanam niat di hati nk try wat tarawih penuh tp td dah ter'miss' satu terawih......so ape2 pun ramadan kali aku berharap dapat aku tempuhi segala dugaan dan hawa nafsu dengan sebaik2nya..insyallah.....

so mari kter tgk fadhilat terawih

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar

so renung2 kan selamat beramal.....

Saturday, August 7, 2010

peristiwa berdarah....

0 comments

salam,

sudah lama gler aku x update blog nie...ak dah sibuk menjalani alam pekerjaan..cewahhh..blik keje jer trus karam.mcm ner nk jaga blog....terpaksa bersawang...

semalam ari jummat terjadi nyer satu peristiwa berdarah tesembur berlaku kat opis aku.disuatu pagi jumaat yg dinign sedang aku membuat pekerjaan ku hari2 lalu...ibu jari sebelah kanan.mengalirkan darah tidak henti2...apekah yg terjadi?bolehkah jari maknusia kuarkan darah sendiri.....terdiam aku sendiri..sebab darah dah kuar mencurah2 keladang gandum..aku segera pergi ke pantry untuk memcuci darah....ku hulurkan ibu jari ke arah pili air yg sedang mengalir tp darah tetap x henti-henti.aku mencari tisu untuk dikesatnya darah tapi x dijumpai..aku rasa sedikit cemas tp masaeh boleh dikawal..mundar mandir aku di pantry..ibu jari dah mula rasa kebas sbb darah kluar terlalu byk.....

lalu datanglah sahabat ku membawa satu objek ditgn nya sebesar 3cm kot.(x sempat aku nk amik pembaris ukur ye).rupe2 nyer secebis isi dan kuku.....?????milik siapakah....uper2 nyer sedang enak aku tgh potong monting board td sekali aku terslice dengan isi + kuku ku...sudah copeng jari ku......

lepas tu aku dibawa ke klinik tuk di dressing...dr. tu ckp ok i bg u ubt pain relief,antibiotik n ubat kurang bengkak dan satu injection di tgn kiri....ok u gi cuci dulu.datang lah pembantu die nk cuci....si pembantu tgk darah pun takut muke lain macam jer....aku sempat jer sengih kat dier...nk jadi pembantu tp takut darah..dan aku rasa pembantu tu baru jer keje...dibalutnya jari aku nie dah mcm patah jari(tp selamat pembatu die seksi n cun)aku abaikan jari yg tgh berdenyut2 tu...;p....lepas setel semua total kene untuk rawatan aku RM90.slmt bkn duit aku...company bayar hahahaha.....so dapat mc satu hari.....dah sampai sekarang jari aku tgh berdenyut2......

p/s lepas nie aku leh jadi serial killer..susah polis nk cam cap jari....sbb cap jari aku dah ilang suku :P

mari click-click

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails