mari main click2

Pages

Thursday, September 27, 2012

Wahai Mee

Salam,

Dengan ini saya ARA(bkn pompuan, nama sebenar tapi dishort form kan) ingin memberi tahu satu benda yang tersimpan di dalam hati yg tulus mulus ini, sudah tidak tertahan daripada menahan hawa dan nafsu mengidam MEE CALONG from pahang, adoi intro melalut kelaut tp cuma nak bg tau yg hang nie tgh mengidam jer, tp sunggoh meme aku tgh ngidam mee tu, x per deh kawe kecek klate tibo rasa automatik tukar dialek....owhhh mapuh mung dop paham pun, nnt kawe terjemah klu dop paham jgk, mentar...


cuba anda <------ yelah anda yang tgh membaca tu, bayangkan lah mee kuning segar yang baru dikeluarkan dari plastik dicelur dalam air yang panas mendidih dengan asap berkepul-kepul fuhhhh fuhhhhhhh dicelur sebentar lalu diangkat dan dimasukkan kedalam mangkuk plastik ker seramic ker kaca ker semua boleh asalakan sup nnt boleh bertakung, sementara menunggu sup yang direneh bersama ayam dan rempah ratus yang segar bugar di biar megah mendidih di dalam periuk lalu tanpa membuangkan masa sup dicurahkan keatas mee yang dicelur td  dan asap2 berterbangan bebas keudara lalu dihiasi dengan tauhu, daun bawang dan daun sup, penampakkan kepok leko, fish ball dan ayam yang teredam dek curahan sup tadi ditambah pula dengan sambal yang pedas lagi mengiurkan dicapainyaa sudu dan garfu di angkat2 mee turun dan naik dan bau bauan sup menaikkan selera mkn dan dimasukkan kedalam mulut dikunyah pelahan lahan untuk mecapai kenikmatan yang memuncak, terasa kombinasi sambal sup dan bahan2 tadi seperti sudah serasi, sambal yang pedas campuran cili padi, cili merah, bawang putih, cuka dan sedikit gula pabila sampai jer ke lidah dengan pantas reseptor2 bertindak balas menhantar ke otak lalu otak memaparkan detik2 yang x dapat dibayangkan kesedapannya,titis titisan peluh manja hinggap ker pipi dek penangan sambal,sila ulanng teknik makan mee calong dari mula sampailah abis mee tu...adoi kecur air liur.....dapat x anda semua bayangkan nie

p/s enrty nie mmg tiada fullstop sekian trima kaseh

oklah bye nk pi cari mkn cek lapaq :)




0 comments:

Post a Comment

mari click-click

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails