Salam,
Cerita kemalangan semalam dah masuk METRO ari nie..aku mcm slalu baca paper free kat opis skali ternampak kemalangan smlm yg aku tgk, terpampang front page LEMAS bersama Ibu kesian mmg sggh menyayat ati.
SHAH ALAM: Menyayat hati apabila dua beranak mati lemas selepas kenderaan yang mereka naiki dipercayai bergesel dengan motosikal sebelum terbabas dan terjunam ke dalam longkang besar di simpang tiga, Jalan Plumbum 7/100, Persiaran Permai, Seksyen 7, di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 10.30 pagi, pemandu kenderaan, P Kanagapusanam, 34, dan ibunya, M Kamalam, 56, mati lemas selepas gagal keluar dari kereta Proton Wira yang mereka naiki.
Difahamkan, orang ramai cuba membantu mengeluarkan mangsa daripada terperangkap dalam longkang besar sedalam tiga meter yang dipenuhi air, namun tidak berjaya.
Manakala penunggang motosikal Yamaha Lagenda 110 yang belum diketahui identiti berusia lingkungan 20-an cedera parah selepas merempuh pagar penghadang longkang terbabit.
Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan M Chandrasehkaran, berkata kedua-dua kenderaan terbabit menghala ke pusat bandar dari arah bandar pintar dan berteknologi tinggi, I-City, di sini.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kira-kira 100 meter dari pintu masuk Universiti Teknologi Mara (UiTM) kedua-dua kenderaan ini dipercayai dipandu laju bergesel sebelum pemandunya hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan.
“Impak daripada itu, kenderaan terbabit terjunam ke dalam longkang besar sebelum tenggelam manakala penunggang motosikal tercampak ke bahu jalan,” katanya.
Chandrasehkaran berkata, orang ramai yang berada di sekitar kawasan itu cuba menyelamatkan mangsa, namun gagal kerana kedua-dua mangsa di dalam kereta itu tersepit di tempat duduk.
“Mangsa dikeluarkan anggota Bomba dan Penyelamat kira-kira jam 11 pagi dan kedua-dua mereka meninggal dunia dipercayai lemas.
“Semua mangsa termasuk penunggang motosikal itu dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang,” katanya.
P/s takziah wat family mangsa....
0 comments:
Post a Comment